Sunday, 18 November 2012

♥ .. Ketupat Daun Palas .. ♥

Apa itu ketupat daun palas? Haa.. ketupat daun palas adalah ketupat pulut yang menggunakan daun palas sebagai pembungkusnya. Selalunya ketupat daun palas ni femes kat area-area utara ni, kami panggil ketupat ja *sebab kalau ketupat nasi tu panggil nasi impit. Nak dijadikan cerita, budak kelas aku ni ramai yang di antaranya tinggal kot area KL dan ke bawah, so mereka tersangatlah teringin nak makan ketupat daun palas ni. Aku pun alang-alang dah balik kampung untuk gap 3 hari sempena Deepavali dan Awal Muharram, order lah kat Umie aku dengan alasan budak-budak kelas aku teringin nak makan ketupat daun palas sebab aku memang kureng sikit dengan ketupat ni. Huihuihui~ http://www.emocutez.com

Bahan-bahan:
  1. 1 kilo Beras Pulut
  2. 1 kilo Santan Pekat
  3. 3 sudu Garam
  4. 2 sudu Gula
  5. Daun Pandan

Cara-cara membuatnya:
  1. Beras pulut dibersihkan dan direndam dahulu untuk lebih kurang 3jam dan keatas.
  2. Masukkan gula dan garam ke dalam santan.
  3. Sejat air beras pulut dan masukkan santan.
  4. Masukkan daun pandan dan masakkan ketupat atas api kecil sambil kacau agar tak jadi kerak nanti.
  5. Bila dah nampak kering boleh tutup api dan boleh start balut ketupat.
  6. Lepas balut ketupat, ketupat perlulah di kukus untuk 30-40 minit. Kena selalu check jugak, takut terlembik ketupat tu nanti.
  7. Dah masak boleh hidang :)

Cara-cara membalut ketupat:
*Gambar ni aku jumpa kat Pesbuk

*Ni ketupat yang Umie aku buat

Umie aku kalau buat ketupat dia memang tak hidang dengan rendang. Alasan dia kalau raya tu pi rumah sapa-sapa pun semua hidang ketupat ngan rendang, so kalau kat rumah kami dia hidang dengan daging masam masam manis. Barulah rare sikit katanyahttp://www.emocutez.com

Till next time,

No comments:

Fluttershy - Text Select