Friday, 30 November 2012

♥ .. Kemaafan .. ♥

Sesungguhnya kemaafan itu adalah dendam yang terindah

Sabda Rasulullah s.a.w "Barang siapa yang diminta maaf oleh saudaranya yang Muslim, ia tidak mahu memaafkan, maka ia mempunyai dosa sebesar dosa orang yang merompak."

*Gambar dari Pesbuk

Setiap manusia tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan.  Pasti ada sahaja kesilapan serta kesalahan yang dilakukan dalam kehidupan seharian, tak kira lah samada kecil atau besar.  Hal ini kerana, sesungguhnya kita semua adalah manusia yang tidak sempurna, lantas berlakunya persefaham serta kesilapan sesama kita.  Maka, perkataan MAAF itu juga acapkali kita dengarkan serta ungakapkan menandakan kekesalan kita di atas yang berlaku.

Memaafkan serta meminta maaf akan mudah sekiranya kesilapan yang dilakukan tidaklah sebesar mana.  Manakala, jika kesalahan itu besar dan berat, agak sukar untuk kita melupakan hal tersebut serta memaafkan sepenuhnya kesalahan itu.

Walaupun kemaafan itu sudak pasti tidak mudah, mahukan kita menyimpan perasaan amarah dan dendam itu dalam diri kita hingga ia menguasai jiwa kita juga menutup pintu hati kita?

Perasaan amarah yang disimpan dan dipendam sudah tentunya bukanlah sesuatu yang menyenangkan.  Dendam itu pula bukanlah jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah juga memuaskan hati.

Kelebihan orang yang suka memaafkan:
  • Dapat menyucikan hati
  • Dapat menenangkan fikiran
  • Dapat menyembuhkan penyakit
  • Dapat wajah yang menawan serta ceria
  • Doanya akan dimakbulkan Tuhan
  • Dapat mengurangkan ketegangan fikiran

Oleh itu maafkanlah sekiranya engkau pernah disakiti ataupun masih disakiti, agar ketengangan itu milik kamu.
Pohonlah maaf sekiranya engkau pernah menyakiti ataupun masih menyakiti, agar tiada yang berdendam dengan kamu.

Till next time,

No comments:

Fluttershy - Text Select