Saturday, 25 May 2013

♥ .. Messed .. ♥

She's smiling, but deep inside frowning.
There are thousands of things going through her mind right now.
Conflicts. Problems. When will ever end?
Which way to go?
Which way to turn?
She doesn't know any more.
Everything is just confusing.
Messed up. 
She closes her eyes, hoping to find the light.
Tears fall from her eyes.
She's losing faith. 
As she wipes away her tears, she thinks to herself.
Is it really there?
She'e quickly calms herself, cheering herself up.
All she can do now is wait.
Wait for the better day.



Till next time,

Monday, 25 February 2013

♥ .. Semester Break Project .. ♥

During the semester break, while everyone else was enjoying their holiday, I had to go to the sewing class with Umie. Why? Because she didn't want to waste the day just by sleeping. http://www.emocutez.com
Anyway, I think it wasn't so bad. *Haha.

I only had the chance to make two different types of cushions and I've decided that I would follow Umie to the sewing class whenever I have the time.

So here are a few of my masterpieces :







*Not bad for a first-timer right? http://www.emocutez.com

Till next time,

Friday, 15 February 2013

♥ .. Wig Hijab .. ♥

Wig hijab?
What has the world come to? 

Macam-macam lah trend zaman sekarang ni. http://www.emocutez.com

Contohnya:



Bawah ni pulak contoh orang gayakan shawl ala-ala rambut:


Emm..cantik memang cantik. Tapi pada pendapat aku, ia sangat sangat sangat tak sesuai. Kenapa? Sebab trend ni dah macam terpesong.

Apa sebabnya kita memakai tudung? 
Kerana rambut adalah aurat yang perlu kita jaga.

Tapi dengan mengekan gaya berhijab seperti ini, sama jugak lah kan dengan memakai rambut palsu.
Bukankah haram bagi kita untuk memakai rambut palsu?

You decide.



Till next time,

Sunday, 9 December 2012

♥ .. Ayam Pandan .. ♥

Huarghhhh~ Penat dah dok buat PSM (projek sarjana muda) nih.http://www.emocutez.com
Lama rasanya tak update blog, bukan tak nak tapi serious masa sangat tak mengizinkan!!!
Walaupun begitu, aku rasa aku ni masih lagi rajin jugak lah kan nak masak *sebab aku rasa dah lama gila aku tak masak. Malas.
Anyway, harini aku terasa macam nak masak, so aku buat ayam pandan. Sedap jugak ayam pandan ni dan nak buat dia pun tak susah.http://www.emocutez.com

Bahan-bahan:
  1. Ayam
  2. 1 labu Bawang Besar*
  3. 3 ulas Bawang Putih*
  4. 2 batang Serai*
  5. 1/2 inci Halia*
  6. Beberapa keping Daun Pandan* (untuk dibalut serta di blend)
  7. 1 sudu kecil Jintan Manis*
  8. 1 sudu besar Kicap Pekat
  9. 1 sudu besar Sos Tiram
  10. Garam, Gula Kunyit
Cara-cara membuatnya:
  1. Ayam di bersihkan dahulu. Blendkan bahan-bahan yang bertanda '*'. Daun pandan blend lah dalam 6 helai gitu, supaya ada rasa.
  2. Selesai blend, masukkan kicap, sos tiram, gula, garam serta kunyit ke dalam bahan yang di blend dan gaulkan. Masukkan ayam dan gaul lagi. Perapkan selama 2-3 jam.
  3. Buat poket untuk masukkan ayam menggunakan daun pandan.
  4. Selesai membungkus, boleh goreng ayam sampai warna keemasa.
  5. Siap boleh hidang :)

*Ayam yang diperap

 *Bungkus ayam

 *Ayam yang sedang di goreng


Till next time,

Friday, 30 November 2012

♥ .. Kemaafan .. ♥

Sesungguhnya kemaafan itu adalah dendam yang terindah

Sabda Rasulullah s.a.w "Barang siapa yang diminta maaf oleh saudaranya yang Muslim, ia tidak mahu memaafkan, maka ia mempunyai dosa sebesar dosa orang yang merompak."

*Gambar dari Pesbuk

Setiap manusia tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan.  Pasti ada sahaja kesilapan serta kesalahan yang dilakukan dalam kehidupan seharian, tak kira lah samada kecil atau besar.  Hal ini kerana, sesungguhnya kita semua adalah manusia yang tidak sempurna, lantas berlakunya persefaham serta kesilapan sesama kita.  Maka, perkataan MAAF itu juga acapkali kita dengarkan serta ungakapkan menandakan kekesalan kita di atas yang berlaku.

Memaafkan serta meminta maaf akan mudah sekiranya kesilapan yang dilakukan tidaklah sebesar mana.  Manakala, jika kesalahan itu besar dan berat, agak sukar untuk kita melupakan hal tersebut serta memaafkan sepenuhnya kesalahan itu.

Walaupun kemaafan itu sudak pasti tidak mudah, mahukan kita menyimpan perasaan amarah dan dendam itu dalam diri kita hingga ia menguasai jiwa kita juga menutup pintu hati kita?

Perasaan amarah yang disimpan dan dipendam sudah tentunya bukanlah sesuatu yang menyenangkan.  Dendam itu pula bukanlah jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah juga memuaskan hati.

Kelebihan orang yang suka memaafkan:
  • Dapat menyucikan hati
  • Dapat menenangkan fikiran
  • Dapat menyembuhkan penyakit
  • Dapat wajah yang menawan serta ceria
  • Doanya akan dimakbulkan Tuhan
  • Dapat mengurangkan ketegangan fikiran

Oleh itu maafkanlah sekiranya engkau pernah disakiti ataupun masih disakiti, agar ketengangan itu milik kamu.
Pohonlah maaf sekiranya engkau pernah menyakiti ataupun masih menyakiti, agar tiada yang berdendam dengan kamu.

Till next time,
Fluttershy - Text Select